BLOG

Rumah nak kena lelong? Nak buat apa?

Masihkah ingat lagi perasaan kita pada hari menerima kunci rumah pertama kita? Pasti ingat. Indahnya sukar digambarkan. Yelah, hasil usaha keringat kita berhari hari bekerja akhirnya membuahkan hasil dalam bentuk aset. Memang semua orang impikan untuk memiliki rumah sendiri berbanding menyewa.

Walaubagaimanpun, semuanya tidak berjalan lancar seperti dirancang. Sedangkan langit pun tidak selalu cerah, inikan kita yang hidup dalam keadaan ekonomi yang semakin hari semakin menekan kestabilan kewangan. Awal awal dulu mungkin kita mampu membayar balik pinjaman tepat pada masanya. Tapi akhirnya kita mula tewas. Dari sebulan ke dua bulan, akhirnya sudah masuk berbulan bulan kita tidak mampu membayar balik pinjaman bank pada setiap bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *