BLOG

5 Perkara Agen Hartanah Perlu Buat untuk Pemilik Rumah

Bagaimana Agen Hartanah Mewakili Pemilik Rumah  dengan Cara Terbaik

Sebagai Agen Hartanah Berdaftar, adalah sesuatu tugas yang wajib bagi mereka membantu pemilik hartanah/rumah melancarkan proses penjualan bagi pihak pemilik rumah/hartanah. Agen hartanah mewakili pihak penjual dan memainkan peranan sebagai perunding berkaitan hal penjualan rumah/hartanah anda.

Pasti setiap pemilik rumah mahukan agen hartanah yang bukan sahaja mempunyai standard perkhidmatan yang tinggi bahkan, pemilik rumah juga mahukan mereka yang boleh memberi nilai tambah ‘value’ kepada perkhidmatan yang ditawarkan bagi melancarkan proses jualan rumah anda. Kebanyakkan pemilik rumah yang pertama kali ingin menjual rumah kurang arif tentang proses jualan. Sudah pasti anda, sebagai pemilik rumah mahukan rumah anda terjual dengan harga yang paling optimum dan terjual dalam masa yang sepatutnya kan?

Pemilik rumah yang sedang membaca artikel ini, anda perlu perlu faham seperti kebanyakkan industri, ada agen hartanah yang ‘power’, boleh jual rumah anda dalam masa 1-7 hari dan ada yang mengambil masa sedikit untuk rumah anda terjual. bergantung kepada agen hartanah mana yang anda pilih.

Bagaimana untuk anda memilih dengan betul agen hartanah untuk jualkan rumah anda? Dalam artikel ini kami menghuraikan apa yang anda perlu tahu tentang apa yang agen hartanah perlu lakukan untuk pemilik rumah jualkan rumah mereka.

Dapatkan nilaian percuma sebelum jual rumah anda di SINI.

1. Penetapan Harga Rumah yang Betul

Sudah pasti anda yang ingin menjual rumah sudah ada ‘figure’ tersendiri di dalam kepala sebelum anda ingin menjualnya. Agen hartanah yang berpengalaman mereka akan memberikan harga hartanah yang betul dan sesuai berdasarkan pengalaman, pengethuan pasaran, dan perbandingan kawasan setempat rumah anda. Selain itu juga faktor kondisi rumah memainkan peranan yang penting di dalam penetapan harga sesuatu rumah.

2.’Channel’ Pemasaran yang Luas

Pemasaran adalah sesuatu yang agen hartanah perlu tahu dan kuasainya. Agen hartanah perlu mengambil gambar yang cantik untuk jualkan rumah anda. Jadi jika rumah anda bersepah atau kotor kemas lah dahulu sebelum anda jemput agen hartanah untuk ‘inspect’ rumah anda. Kebanyakkan agen hartanah boleh memberi servis tambahan jika anda jauh atau berada jauh dari rumah yang anda ingin jual.

Media sosial dan ‘market place’ berbayar adalah tempat di mana kebanyakkan pembeli dapat mencari rumah. Maka, jika gambar yang di ambil kurang kualiti dan representasi nya ini akan menyebabkan bakal pembeli hilang minat untuk membeli rumah anda. Ingat, ‘First impression matters’!

Jika anda sebagai pemilik rumah tahu bertapa penting nya representasi sesebuah rumah itu memainkan peranan anda pasti akan menghias dan mencantikkan rumah anda supaya cepat terjual.

3. Memastikan Pembeli Benar-Benar Layak

Sesiapa saja boleh katakan yang dia berminat dengan rumah anda. Agen hartanah akan memastikan pembeli benar-benar layak. Ramai yang terlepas pandang, faktor gaji bukanlah penentu bagi kelulusan pinjaman. Ada yang di mana gaji nampak seperti layak tapi bila submit ke bank untuk proses seterusnya, reject.

Terpaksa buat kerja dua kali untuk memulangkan semula ‘booking’ atau ‘earnest deposit yang diberikan.


4. Memberi Khidmat Nasihat Pemilihan Peguam Perjanjian Jual Beli (Sale&Purchase agreement) SPA

Peguam di dalam proses transaksi sangat penting. Ini kerana peguam ini lah yang akan mewakili anda
sebagai penjual jika ada apa apa isu berbangkit di masa hadapan. Jika anda tidak mempunyai kenalan
atau saudara mara yang ariff tentang pemilihan peguam, adalah lebih baik jika pemilik rumah mendengar
pandangan dari agen hartanah tentang pemilihan peguam yang akan mewakili anda

5. ‘Monitor’ Proses Jual Beli Seterusnya

Agen Hartanah yang memberikan standard perkhidmatan yang baik akan memberikan maklum balas tentang proses
jual beli selepas jualan. Ini seperti ‘1st disbursment’ iaitu proses tutup hutang (baki pinjaman sebelumnya) dan juga ‘2nd disburstment’ iaitu proses lebihan keuntungan daripada hasil jualan rumah tersebut. Semua proses ini akan diberi maklum balas oleh agen hartanah kepada anda selaku penjual. Proses ini akan berakhir sehingga status ‘Vacant Possession’ (VP) iaitu penyerahan kunci, dimana di peringkat ini kesemua baki hasil jualan rumah anda telah pun selesai sepenuhnya.

Ringkasnya, perkara ini anda perlu tahu agar dapat anda memahami tugas dan peranan seorang Agen Hartanah Berdaftar.

Mereka mewakili anda selaku penjual, maka terimalah nasihat dan pandangan dari agen/perunding hartanah yang dilantik supaya anda dapat mengoptimumkan hasil jualan rumah anda dalam masa yang singkat.

Anda nak tahu Nilai Rumah anda sebelum jual ?

Klik di isi ruangan ini, kami di nilairumah.com akan memberi maklum balas sepantas 24 jam!

Mudah, Cepat dan Percuma!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *