Nilai Rumah

Kelebihan dan Kekurangan Pemilik Jual Rumah Sendiri

Sebagai pemilik rumah, sudah pasti anda ingin mengoptimum kan hasil jualan rumah anda bukan?
Anda mungkin ingin cuba menjual rumah anda sendiri untuk menikmati hasil jualan semaksimum mungkin tanpa
melantik agen hartanah.

Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kelemahan jika anda ingin menjual sendiri rumah anda sendiri.
Saya tidak salahkan pemilik rumah di dalam hal ini, kerana rumah adalah milik penjual, hak penjual.
Tetapi anda perlu fahami, jual rumah adalah tidak semudah yang disangka. Pastikan anda tahu kelebihan
dan kekurangan nya jika anda ingin jual rumah anda sendiri.

Teruskan bacaan untuk melihat dengan lebih teliti kelebihan dan kekurangan jika anda ingin jual rumah.

Kelebihan Jual Rumah Sendiri
  1. Hasil Jualan Tinggi Sedikit

Apabila anda jual rumah anda sendiri, anda dapat mengoptimumkan hasil sedikit tinggi kerana anda
tidak perlu membayar yuran professional agen hartanah.

Caranya adalah anda tidak perlu melantik agen hartanah. Tetapi orang putih kata ‘easier said than done’.
Lebih mudah untuk diperkatakan daripada melakukannya. Proses jualan rumah adalah suatu proses yang rumit
dan ‘renyah’. Ini belum lagi cerita tentang beberapa situasi tertentu contohnya pemilik muflis, rumah hampir
dilelong atau pemilik yang sudah meninggal dunia.

2. Kawalan Sepenuhnya

Apabila anda jual rumah sendiri, anda mengawal sepenuhnya keseluruhan proses jualan. Dari mengambil deposit
daripada pembeli sehingga akhir proses jualan penyerahan kunci. Anda tidak perlu mendengar pendapat orang lain,
di mana anda akan ‘memasarkan’ rumah anda, bagaimana anda akan berunding ini semua anda dapat lakukan sendiri.
Sudah tentu ada kelebihan dan kekurangan di dalam hal ini. Bila anda lakukan semua hal ini sendiri ada berpotensi
kehilangan konsultasi pakar yang bernilai daripada agen hartanah.

3. Anda Boleh Menumpukan Sepenuh Perhatian dan Masa Sepanjang Proses Menjual

Bukan anda seorang sahaja klien seseorang agen hartanah itu. Mereka ada juga klien lain. Ini bermakna jika anda
ingin jual rumah anda sendiri adalah tidak menjadi saingan kepada agen hartanah. Secara kontrasnya, bila anda jual rumah anda sendiri, anda boleh menumpukan sepenuh tenaga dan masa di dalam proses jualan. Secara ideal nya, jika anda mempunyai banyak masa terluang selain kerja hakiki anda boleh bawa bakal tunjukkan rumah anda tidak kira masa dan waktu. Selain daripada itu, anda boleh jawab panggilan dari bakal pembeli tidak kira masa yang akan mereka hubungi.

Kekurangan Jual Rumah Sendiri.
  1. Kemungkinan Rugi Jual pada Harga Bawah Pasaran (Below Market Value)

Walaupun anda dapat mengoptimumkan hasil jualan rumah anda dengan jual sendiri, anda mungkin dapat tidak
menjual pada harga yang sepatutnya iaitu bawah harga pasaran. Risiko ini sering terjadi kepada pemilik yang
ingin jual rumahnya sendiri. Agen hartanah dapat menjual rumah anda pada pembeli yang betul dan pada harga yang betul
dan berunding dengan fakta mengapa rumah anda perlu dimiliki.

Salah satu punca mengapa kebanyakkan pemilik rumah lambat terjual rumahnya adalah kerana faktor penetapan harga. Tanpa bimbingan konsultasi seorang agen hartanah dan penilai yang kompeten, isu penetapan harga ini adalah sesuatu yang merumitkan bagi pemilik rumah.

Malah, banyak rumah yang tak terjual mutakhir ini adalah kerana penetapan harga. Ada dua faktor utama membuatkan sesebuah rumah itu terjual :

i – Harga. Tanpa harga yang betul, amat mustahil untuk sesebuah rumah itu terjual. Faktor utama isu rumah tidak
terjual di Malaysia adalah kerana faktor harga

ii – Iklan. Tujuan iklan yang bagus alah meningkat ‘exposure’ rumah anda sebanyak mungkin untuk mendapatkan
pembeli secepat mungkin. Kebanyakkan marketplace hartanah yang bagus adalah berbayar.

2. Tidak Mudah untuk Jual Rumah. Terutamanya jika anda tidak mempunyai rangkaian yang luas.

Berbeza jika anda melantik agen hartanah. Agen hartanah mempunyai rangkaian yang luas untuk mereka iklan dan pasarkan rumah anda. Ingat, bukan anda seorang yang mengiklankan rumah anda di ‘online’, orang lain juga

3. Anda Perlu Pastikan Pembeli yang Benar Benar Layak

Jika anda tidak ingin membuang masa untuk jual rumah anda, anda perlulah memastikan pembeli rumah anda benar benar layak. Bagaimana anda ingin memastikannya jika anda tidak mempunyai rangkaian seorang ‘mortgage banker’?

4. Risiko Keselamatan

Sangat risiko jika anda menjemput orang asing masuk ke rumah. Macam macam yang boleh lakukan bila dia sudah tahu anda ingin jual rumah. Pernah terjadi baru baru ini, seorang agen hartanah dirompak oleh seorang yang menyamar sebagai pembeli ketika sesi ‘viewing’ rumah.

5.Pembeli Minta Diskaun Harga

Apabila anda jual rumah sendiri, ini menarik pembeli yang mahukan diskaun harga kerana mereka tahu anda tidak melantik agen hartanah. Lebih buruk lagi jika bakal pembeli adalah orang yang anda kenal (jiran, kenalan atau sedara mara) ini membuatkan anda serba salah untuk tidak menurunkan harga kerana bakal memberi persepsi yang kurang enak kepada anda. Maka jalan yang terbaik adalah lantik agen hartanah. Segala rundingan dibuat melalui agen hartanah. Dalam erti kata lain , serahkan sahaja segala urusan kepada agen hartanah yang dilantik, mereka akan uruskan dari A-Z tentang proses rundingan hingga ke serahan kunci.

Perlu diingatkan supaya anda berhubung dengan Perunding Hartanah yang bertauliah. Semak dahulu latar belakang agen hartanah berkenaan supaya risiko anda ditipu dan manipulasi harga dapat di elak.

Semak di laman web Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH) untuk menyemak status agen hartanah yang anda berhubung.

Anda Nak Jual Rumah? Dapatkan nilai rumah anda di ruangan bawah.

NilaiRumah.com memberikan anda Nilaian Rumah Percuma sepantas 24 Jam!

Mudah, Cepat & Percuma!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *