BLOG

7 Mitos Jual Rumah yang Anda Perlu Berhenti Percaya

Mitos ini dianggap ‘kebenaran tegar’ oleh ramai pemilik rumah yang ingin menjual rumah mereka!

Mengapa perkara ini terjadi?

ini adalah kerana sumber maklumat semuanya dirujuk di atas talian, tanpa mendapatkan pandangan dan pendapat dari seorang yang professional di dalam urusan jual beli rumah anda.

Memang benar, banyak tips tips dan panduan untuk anda menjual rumah yang disediakan oleh En.Google di luar sana, akan tetapi lebih banyak lagi perkara perkara penting yang tidak diceritakan kepada anda sebagai tuan rumah yang selama ini anda menganggapnya adalah benar (mitos).

Ayuh,

Kita lihat ‘mitos’ yang sering dianggap benar oleh penjual rumah semasa hendak menjual rumah mereka.

Mitos Jual rumah #1 – Harga Jualan Rumah ditetapkan oleh penjual

“Saya yakin dan pasti rumah saya berharga RMxxxk!” – ini adalah dialog yang selalu agen hartanah dengar.

Betul, penjual/pemilik rumah adalah pihak yang akan membuat keputusan akhir apabila rumah mereka ada yang tawaran pembeli.

Walaubagaimana pun tahu atau tidak, harga jualan sebenar adalah tertakluk kepada keadaan pasaran hartanah semasa, lokasi dan juga kondisi rumah itu sendiri.

Ramai pemilik rumah yang terpedaya dengan cakap cakap jiran sebelah, jiran satu taman, harga rumah yang mereka jual adalah tinggi. Tapi percaya atau tidak jika mereka sendiri yang ingin membelinya, mereka akan melihat semula
faktor penentuan harga yagn saya perkata sebelum ni. Pasaran hartanah semasa, Lokasi dan kondisi rumah!

Mitos Jual Rumah #2 – Buka Harga Tinggi dengan Harapan Dapat Harga yang Tinggi Selepas ‘Nego’

Tahun 2019 ni, semuanya dah ‘online’. Sebagai pembeli rumah pertama yang terdiri dari golongan muda ‘Gen-Y’, mereka ini lebih banyak tengok iklan di ‘online market place’ daripada cara konvensional.

Mereka sekadar menjadikan iklan yang anda letak itu hanya sekadar penanda aras ‘benchmark’ untuk mereka membuat perbandingan sahaja. Jika kita ingat kembali tahun 2018-2019 ada tahun ‘buyer’s market’ di mana banyak bekalan rumah untuk dijual, dan mereka mempunyai banyak pilihan lain.

Apa yang ingin saya sampaikan disini, ‘harga buka’ yang tinggi rumah anda hanya akan menyebabkan rumah anda menjadi ‘basi’ di pasaran. Lama tidak terjual.

Mereka akan tertanya tanya mengapa rumah ini lama sungguh tidak terjual? mesti ada ‘sebab’ lain yang menimbulkan lebih banyak persoalan sebagai ‘poin’ untuk nego dengan tawaran yang lebih rendah

Mitos Jual Rumah #3 – Lagi Lama Masa Permasaran, Bakal Menarik Tawaran Pembeli yang Terbaik

“wah! jika agen hartanah tu mampu bawa pembeli dalam masa 3 hari, bayangkan, jika saya tunggu lebih lama sedikit, pasti akan ada tawaran pembeli yang lebih menarik!”

atau

“kami tak urgent nak jual rumah ni. Akan ada offer yang menarik dari pembeli yang betul berminat”

Selalu dengar kan?

Realitinya, semakin lama rumah anda diiklankan semakin rendah tawaran yang akan anda terima.

Kenapa begitu?
Pembeli yang berminat akan mula bertanya, “kenapa rumah tak terjual lagi walaupun sudah lama?” ,”Ada apa2 kerosakan ke rumah ni?” atau ” bekalan rumah di kawasan ni masih banyak, patutla sudah lama tak terjual”
ini adalah contoh contoh dialog yang pemilik bakal terima jika rumah yang mereka mahu jual sudah lama tidak terjual.

Mitos Jual Rumah #4 – Tawaran Pembeli yang Cepat dan ‘Straightforward’ Bermakna Harga Jualan Rumah Yang Murah

” Dapat tawaran pembeli terlalu cepat memberitahu saya jual rumah, terlalu murah! Agen Hartanah ni bagi harga market value yang rendah ke”?

‘Serious Buyer’ ni adalah mereka yang dah lama mencari rumah. Mereka mungkin sudah survey beberapa rumah 2 3 bulan sebelum ini. Maka, jika ada rumah yang hendak dijual baru masuk dalam pasaran mereka lah yang lebih ‘alert’

Bukan kah anda juga buat begitu semasa ingin membeli rumah dahulu?

Dengan plan permasaran yang efektif oleh agen hartanah, penetapan harga rumah yang betul akan menerima tawaran pembeli yang serious dengan cepat!

Mitos Jual Rumah #5 – “Agen Hartanah Tu Kata Rumah Saya Boleh Terjual Lebih Mahal Dari Harga Sekian”

“Agen hartanah Encik A kata dia boleh jualkan rumah saya lebih tinggi dari agen hartanah Encik B”

atau,

“Lagi mahal harga yang terjual, lebih tinggi komisyen agen hartanah tersebut, jadi saya nak harga saya tanpa ikut ‘market value'”

3-4 minggu pertama adalah masa yang penting apabila menjual sesuatu rumah/hartanah. Jika situasi di atas berlaku, rumah anda mungkin terjual dalam masa 3-4 tahun

Agen hartanah yang kurang pengalaman dan hanya mahu sekadar listing di tangan mereka akan ikut harga penjual yang tinggi. Ini kerana mereka hanya mahukan mandat menjual daripada anda.

Untuk mengelakkan daripada anda ‘terpedaya’ dengan perangkap harga yang tinggi sebegini, minta agen hartanah tersebut menyediakan satu laporan analisis harga pasaran!

Mitos Jual Rumah #6 – Kos Renovasi Boleh Ditambah Terus dengan Harga Jualan

“Saya buat renovation 200k dahulu, sekarang market value rumah ni 180k, jadi saya nak jual
RM 380k”

nanti dulu..

dari sudut kacamata penilai hartanah, setiap renovasi yang dilakukan ada susut nilai nya. Selain daripada itu kiraan kos renovasi tidak dikira sepenuhnya.

Contoh yang tidak di ambil kira/sedikit seperti pecah ruang bilik untuk lebih besar awning, grill, pagar elektrik dan perabot mewah.

Contoh yang mempengaruhi nilai rumah seperti tambahan ruangan lantai, tiles dan tambahan struktur bangunan. Anda perlu ingat, tidak semua orang suka kan, apa yang anda suka. Reka bentuk renovasi juga memainkan peranan penting di dalam situasi ini.

Tetapi ini pun tidak dikira sepenuhnya. Kemungkinan 20%-30% sahaja atau kurang daripada itu. Itupun jika renovasi itu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (Majlis Bandaraya/Perbandaran)

Jadi, hati hati jika orang cuba mempengaruhi anda dengan berkata, jika kita buat renovation sebanyak mungkin nanti market value rumah boleh naik tinggi.

Mitos Jual Rumah #7 – Tidak Perlu Cantikkan Rumah Sebelum Jual

Memang ada pembeli yang akan membuat renovasi setelah membeli rumah anda. Apa yang penting di sini adalah ‘First Impression’. Ketika sesi viewing bersama pembeli jika ada bau yang kurang menyenangkan, rumah seperti ‘tongkang pecah’, kecacatan struktur seperti retak dan ‘defect’ yang lain bakal menghilangkan ‘mood’ bakal pembeli yang serius.

  • Jika artikel ini membantu anda dalam mengetahui sedikit sebanyak gambaran kesluruhan tentang 7 mitos penjualan rumah. Sila Share!

Jika anda membaca ini tujuan anda sedang mencari maklumat untuk Jual Rumah, saya sarankan jangan jual rumah anda selagi belum semak dahulu Nilai Rumah anda

Semak nilairumah anda disini.

NilaiRumah.com membantu anda Check Market Value dengan Mudah, Pantas & Percuma!

**Segala maklum balas tentang Nilai Rumah anda akan mengambil masa 24 jam di kawasan terpilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *