BLOG

Tips Agar Rumah Cepat Terjual : Rumah Cantik , Pembeli Tertarik

Sebelum anda melantik agen hartanah atau sebelum meletakkan rumah anda di pasaran terbuka sebelum dijual, adalah penting untuk anda mengambil beberapa langkah kebelakang untuk anda membayangkan bagaimana perasaan bakal pembeli apabila masuk sahaja ke rumah anda. Mereka ingin merasakan ‘feel’ rumah itu dan kebanyakkan nya kalau boleh tak mahu melihat sebarang kecacatan yang ada pada rumah tersebut . Dalam ert kata lain psikologi pembeli ni kalau boleh lepas beli rumah tu kalau boleh nak terus masuk dan tak nak lagi keluarkan duit untuk betulkan apa apa kerosakan.

Ya ia nampak mudah jika anda letakkan syarat ‘as-is basis’ dan biarkan pembeli tanggung sendiri baiki kerosakan, tetapi di dalam pasaran yang kompetitif sekarang ini membuatkan mereka mempunyai banyak pilihan lain dengan kondisi rumah yang lebih cantik dan terjaga.

Senarai perkara yang paling banyak memberi kan ‘first-impression’ kepada pembeli rumah dan cara untuk mengatasinya :

Luar (Exterior)

  • Lantai ‘Carporch’ & Longkang yang bersih – Lantai & Longkang yang bersih memberikan markah penting di dalam meyakinkan bakal pembeli. Cuci guna ‘pressure-wash’ sebelum bawa bakal pembeli tengok rumah.
  • Rumput Kawasan Bertanah & Landskap – Rumput anda hendaklah di dalam keadaan yang pendek dan bersih. Macam manusia juga, kalau tak potong rambut akan nampak seperti tak terurus. Rumah pun begitu. hehe.. Oh ya, lagi 1.. landskap tu kalau ada, pastikan dia dalam keadaan yang terjaga dan nampak kemas
  • Peti Surat – Peti Surat yang masih dlaam keadaan terjaga memberikan petunjuk bahawa pemilik adalah seorang yang pandai jaga rumah. Jika ada surat surat lama tu keluarkan dan kemaskan ia, jika yang memerlukan untuk di cat, cat sahaja.
  • Pagar Rumah – Jika rumah yang berpagar, amat penting untuk pastikan pagar yang masih utuh dan berfungsi. Bakal pembeli akan merasakan tidak selamat jika pagar rumah yang bakal mereka beli telah roboh/rosak dan ini memainkan peranan penting di dalam menentukan keputusan pembelian.
  • Pintu Hadapan – Pintu hadapan selalu terdedah dengan kerosakan. Cat sedikit permukaan dinding dan pintu hadapan agar naik ‘seri’nya

Dalam (Interior)

  • Kemasan Cat Dinding yang Baru & Bersih – Cat dalam ruangan rumah sangat memainkan peranan di dalam menaikkan ‘mood’ bakal pembeli. Pilihla warna warna ‘natural’ atau cerah agar ia nampak lebih luas dan bersih.
  • Rumah Kemas & Tersusun – Susur atur barang di dalam rumah yang kemas dan tidak berselerak dapat menaikkan kemungkinan rumah anda cepat terjual. Kajian menunjukkan rumah yang bersih serta kemas dapat meningkat kan keyakinan pembeli. Mereka mengira bahawa pemilik rumah sebelum ini menjaga rumah ini dengan baik, amat rugi besar jika mereka lepaskan peluang untuk memilikinya
  • Pengcahayaan yang Baik – Apabila bawa bakal pembeli masuk ke rumah, disarankan agar membuka semua suis lampu agar dapat pengcahayaan yang baik. Pengcahayaan yang baik dapat menaikkan lagi ‘seri’ sesebuah rumah. Bila ruang dapat dilihat dengan sudut pengcahayaan yang cantik bakal pembeli dapat gambaran sebenar tentang keluasan dan penggunaan ruang untuk mereka apabila beli rumah anda kelak.
  • Lantai yang Bersih dan Berkilat – Lantai yang bersih dan berkilat dapat memantulkan cahaya di dalam rumah lantas mencantikkan rumah anda secara automatik setelah lampu di pasang. Ia juga memberi persepsi bahawa anda seorang pemilik yang cermat dan menjaga hal hal peneyelenggaraan rumah dengan baik. Kurang kerosakan, kurang kos untuk membaikinya di masa hadapan.

Sering kita fikir bahawa untuk mencantikkan rumah memerlukan kos yang tinggi. Tidak semestinya, kadang hanya perlukan sedikit kerja kerja pembersihan dapat meningkatkan lagi potensi rumah anda terjual dengan cepat. Rumah cantik, pasti pembeli tertarik.

Anda pemilik rumah yang mahu jual rumah anda? Nanti Dulu!

Semak Nilai Rumah terlebih dahulu

Isi ruangan di bawah untuk mengetahui Nilai Rumah anda dengan Pantas, Mudah & PERCUMA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *