Nilai Rumah

Pemilik/Penama Meninggal Dunia : Boleh Teruskan Proses Jual Beli ?

Transaksi hartanah memerlukan kesemua pihak jelas dan faham akan proses yang akan dijalankan jika pemilik atau salah seorang penama bersama telah meninggal dunia. Entry post kali ini membincangkan perihal harta pusaka jika pemilik atau salah seorang penama seperti di dalam ‘land titlte’ atau geran telah meninggal dunia. Boleh ke jual rumah yang pemiliknya sudah meninggal dunia atau macam mana proses nya?

Okay, sebelum tu mari kita lihat definisi harta pusaka. Apa maksud harta pusaka tu berdasarkan undang undang?

Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati yang mengandungi harta alih dan harta tak alih. Harta seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan insurans, kenderaan, perabot rumah, pakaian dan sebagainya dipanggil harta alih. Harta seperti tanah serta kepentingan atas tanah tersebut, rumah, lombong, sawah, telaga dan tasik adalah disebut sebagai harta tak alih.

Boleh ke teruskan urusan jual beli ?

Jawapannya boleh. Anda perlu mendaftar permohonan di Pejabat Tanah (Unit Pusaka Kecil) iaitu kebenaran sebagai pentadbir di Pejabat Tanah berdekatan dan perlu diingatkan proses ini ada satu sesi yang dipanggil ‘bicara pusaka’. bicara pusaka ini akan memanggil kesemua waris yang terlibat dan bicara tentang pembahagian harta tersebut tentang siapa yang akan menggalas tanggungjawab sebagai ‘pentadbir’.

Prosedur Permohonan untuk Mentadbir Pusaka Kecil

Permohonan untuk mentadbir harta pusaka kecil hanya dibuat di Pejabat Tanah yang nilai jumlah harta tak alih bersama harta alih tidak melebihi RM 2,000,000.00 pada tarikh peninggalan si mati. Permohonan ini dibuat dengan menggunakan Borang A yang boleh didapati di Pejabat Tanah khasnya daripada Unit Pembahagian Pusaka Kecil.

Dokumen yang Perlu Disertakan

Borang A hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembahagian Pusaka Kecil berserta dengan dokumen yang berikut: (a) sijil kematian atau permit pengebumian;

(b) sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;

(c) salinan hakmilik keluarga dan salinan dokumen–dokumen lain yang menunjukkan pegangan harta tak alih yang sah.

Apabila permohonan difailkan, apakah tindakan Unit Pembahagian Pusaka Kecil?

Apabila permohonan difailkan, unit berkenaan akan menyediakan laporan seperti yang berikut:

(a) laporan Penghulu di mukim tempat pemohon itu tinggal;

(b) perakuan daripada Pejabat Tanah tentang nilaian harta yang dinyatakan dalam permohonan; dan

(c) pengesahan daripada Pendaftar Mahkamah Tinggi sama ada permohonan untuk Borang C telah dibuat atau belum bagi mentadbir harta pusaka berkenaan.

Proses Seterusnya..

(a) Apabila semua laporan yang disebut terdahulu telah diperoleh, suatu tarikh perbicaraan akan ditetapkan oleh Unit Pembahagian Pusaka Kecil melalui notis perbicaraan yang akan dihantar kepada pemohon dan waris-waris yang berkenaan.

(b) Semasa perbicaraan dijalankan, Pegawai Tadbir Unit Pembahagian Pusaka Kecil akan memeriksa keterangan daripada pemohon dan juga wariswaris yang berkenaan dan merekodkan keterangan tersebut dan setelah berpuas hati akan membenarkan permohonan yang dipohon itu.

(c) Perintah pembahagian akan hanya dikeluarkan selepas 14 hari dari tarikh perbicaraan untuk membolehkan manamana pihak mengemukakan rayuan, sekiranya terdapat apa-apa yang tidak memuaskan hati mana-mana pihak.

(d) Selepas tamat tempoh 14 hari dan sekiranya tidak ada apa-apa rayuan yang diterima, perintah pembahagian bolehlah dikeluarkan dengan membayar kepada Pejabat Tanah sejumlah fi yang ditetapkan.

(e) Setelah perintah tersebut diperoleh, pemohon dikehendaki menyerahkan geran tanah untuk didaftarkan 15 Apakah yang akan berlaku seterusnya? pembahagian seperti yang dicatatkan dalam perintah pembahagian dan geran tanah berkenaan akan dikembalikan setelah pendaftaran selesai.

Flowchart permohonan mentadbir pusaka kecil

Setelah proses permohonan mentadbir ini selesai, barulah boleh untuk proceed proses yang seterusnya. Bank pun akan melihat perkara ini. Maka proses ini amat oenting untuk kedua belah pihak iaitu pembeli dan penjual.

Anda Mahu Jual Rumah?

Nanti Dulu!

Dah semak nilai rumah anda berapa boleh jual?

Semak Nilai rumah anda di nilairumah.com untuk mendapatkan nilai rumah anda dengan Pantas, Mudah & PERCUMA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *